Friday 25 November 2011

DISIPLIN DALAM PENDIDIKAN JASMANI



PENDIDIKAN       Jasmani bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah menggalakkan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan.



   1.    PENDIDIKAN Jasmani bukan sahaja mampu membentuk sahsiah dan disiplin pelajar malah turut membantu merapatkan hubungan antara pelajar sama ada sesama kaum ataupun daripada kaum-kaum lain.

2.   Struktur serta perjalanan kelas pendidikan jasmani berbeza dengan kelas-kelas akademik kerana dalam kelas jasmani para pelajar lebih bebas bergerak dan bertindak.


3.Bagi memastikan pendidikan jasmani menjurus kepada pembentukan sahsiah dan disiplin serta integrasi maka pendidikan kewarganegaraan harus disertakan dalam kurikulum itu.

4. Berdasarkan kurikulum dalam pendidikan jasmani yang diguna pakai pada masa ini ia dilihat dari segi tujuan, struktur program, kandungan serta orientasi nilainya.

5.    Kurikulum pendidikan jasmani hari ini boleh dikategorikan kepada bidang pendidikan perkembangan, pendidikan pergerakan, pendidikan humanistik, pendidikan sukan, pembelajaran kinesiologikal dan pendidikan kesihatan.
Namun apa yang penting ialah mengutamakan objektif pendidikan kewarganegaraan sewaktu mengajar pendidikan jasmani.

"Pendidikan jasmani perlu diberi tempat dalam pembelajaran di sekolah kerana bidang sukan seperti kinesiologi dan biomekaniks boleh diaplikasikan di luar bidang sukan menjadikan subjek ini wajar diberikan pendedahan," kata mereka.

6.  Menurut mereka, pendidikan jasmani terbukti mampu membentuk sahsiah pelajar sekiranya dilakukan secara teratur sebagaimana seorang guru mengajar pelajar membaca dan menulis.

7.   Aktiviti-aktiviti dalam kelas pendidikan jasmani mempunyai nilai etika dan estetika yang perlu dipupuk dengan betul kepada generasi muda.

8. Kelas pendidikan jasmani selain dari menyediakan peluang melakukan kemahiran sukan, ia merupakan satu-satunya kurikulum yang menyediakan pengalaman-pengalaman secara langsung sama ada secara teori atau amali.

9. Selain itu, isi pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik melalui permainan-permainan ko-operatif dengan menekankan kepada empat konsep.

10.  Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu kumpulan kecil atau besar, penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan, penglibatan aktiviti pelajar secara langsung dan mewujudkan keseronokan.

Namun begitu pendidikan jasmani perlu didefinisikan semula berdasarkan objektif utama pengajaran kelas pendidikan jasmani iaitu kompetitif, ko-operatif dan individu.

11. Objektif kompetitif memfokus kepada keputusan satu-satu permainan atau pertandingan manakala objektif ko-operatif memfokuskan tanggungjawab antara satu sama lain.

Objektif individu pula memberi fokus kepada diri individu sebagai yang terbaik.

12.Bagi  membentuk isi pengajaran pendidikan jasmani berasaskan nilai koperatif membolehkan pelajar memahami, menggunakan serta menyebatikan perlakuan-perlakuan beretika dalam kelas pendidikan jasmani.

No comments:

Post a Comment