Friday, 25 November 2011

DISIPLIN DALAM PENDIDIKAN JASMANI



PENDIDIKAN       Jasmani bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah menggalakkan murid mematuhi peraturan yang ditetapkan.



   1.    PENDIDIKAN Jasmani bukan sahaja mampu membentuk sahsiah dan disiplin pelajar malah turut membantu merapatkan hubungan antara pelajar sama ada sesama kaum ataupun daripada kaum-kaum lain.

2.   Struktur serta perjalanan kelas pendidikan jasmani berbeza dengan kelas-kelas akademik kerana dalam kelas jasmani para pelajar lebih bebas bergerak dan bertindak.


3.Bagi memastikan pendidikan jasmani menjurus kepada pembentukan sahsiah dan disiplin serta integrasi maka pendidikan kewarganegaraan harus disertakan dalam kurikulum itu.

4. Berdasarkan kurikulum dalam pendidikan jasmani yang diguna pakai pada masa ini ia dilihat dari segi tujuan, struktur program, kandungan serta orientasi nilainya.

5.    Kurikulum pendidikan jasmani hari ini boleh dikategorikan kepada bidang pendidikan perkembangan, pendidikan pergerakan, pendidikan humanistik, pendidikan sukan, pembelajaran kinesiologikal dan pendidikan kesihatan.
Namun apa yang penting ialah mengutamakan objektif pendidikan kewarganegaraan sewaktu mengajar pendidikan jasmani.

"Pendidikan jasmani perlu diberi tempat dalam pembelajaran di sekolah kerana bidang sukan seperti kinesiologi dan biomekaniks boleh diaplikasikan di luar bidang sukan menjadikan subjek ini wajar diberikan pendedahan," kata mereka.

6.  Menurut mereka, pendidikan jasmani terbukti mampu membentuk sahsiah pelajar sekiranya dilakukan secara teratur sebagaimana seorang guru mengajar pelajar membaca dan menulis.

7.   Aktiviti-aktiviti dalam kelas pendidikan jasmani mempunyai nilai etika dan estetika yang perlu dipupuk dengan betul kepada generasi muda.

8. Kelas pendidikan jasmani selain dari menyediakan peluang melakukan kemahiran sukan, ia merupakan satu-satunya kurikulum yang menyediakan pengalaman-pengalaman secara langsung sama ada secara teori atau amali.

9. Selain itu, isi pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik melalui permainan-permainan ko-operatif dengan menekankan kepada empat konsep.

10.  Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu kumpulan kecil atau besar, penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan, penglibatan aktiviti pelajar secara langsung dan mewujudkan keseronokan.

Namun begitu pendidikan jasmani perlu didefinisikan semula berdasarkan objektif utama pengajaran kelas pendidikan jasmani iaitu kompetitif, ko-operatif dan individu.

11. Objektif kompetitif memfokus kepada keputusan satu-satu permainan atau pertandingan manakala objektif ko-operatif memfokuskan tanggungjawab antara satu sama lain.

Objektif individu pula memberi fokus kepada diri individu sebagai yang terbaik.

12.Bagi  membentuk isi pengajaran pendidikan jasmani berasaskan nilai koperatif membolehkan pelajar memahami, menggunakan serta menyebatikan perlakuan-perlakuan beretika dalam kelas pendidikan jasmani.

Wednesday, 23 November 2011

MAKANAN SEIMBANG

EMPAT KUMPULAN MAKANAN (ASAS) YANG SEIMBANG DAN PENTING
KUMPULAN
BILANGAN HIDANGAN HARIAN
KEPERLUAN HARIAN (SAIZ HIDANGAN)
SUSU
Dewasa 2
Kanak-kanak 3
Remaja 4
1 cawan susu tidak berlemak (non fat)
1 cawan (6oz) lemak, aiskrim
1 oz keju
DAGING
2 atau lebih
1 sehingga 3 oz daging ayam, itik, daging tidak berlemak, dan ikan
1 cawan kacang yang kering
Legumes – makanan yang kaya dengan protein sayuran,  mentega kacang, telur dan hasil ternakan.
BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
4 atau lebih (segar, disejukkan,  ditinkan)
Sayuran yang hijau atau kekuningan
I cawan sayur-sayuran,
I biji buah sederhana besar
½  cawan manisan
ROTI DAN BIJIRIN
4 (bijirinnya sempurna)
1 keping roti
½ keping nasi, mee
1 oz kacang

Monday, 21 November 2011

PERMAINAN KECIL 1- KATAK DI DALAM KOLAM

CONTOH PERMAINAN KECIL
Jenis kejar mengejar
1.  Katak di dalam kolam
Cara: Murid-murid berdiri membuat satu bulatan.  Tiga atau empat orang murid akan dipilih menjadi katak dan mereka akan duduk secara dekam di tengah –tengah bulatan.   Murid-murid yang membuat bulatan itu berpegang tangan dan bergerak mengelilingi bulatan sambil menyanyi  atau menyebut – “ katak dalam kolam, katak dalam kolam, tak dapat tangkap orang” berulang-ulang.  Katak-katak yang sedang duduk tiba-tiba bangun dan mengejar murid lain yang cuba melarikan diri.  Katak-katak itu mesti menangkap murid lain sebelum mereka masuk ke dalam kawasan yang selamat dan telah ditandakan.  Murid yang tertangkap akan menjadi katak yang baru. 

mcm orang buta

ni la first time buat blog.  Slalu dok view blog orang je. haha.  Dah macam orang buta. betul2 clueless. Tapi demi memenuhi keperluan tugasan blog KRT3013, saya gagahi juga meraba-raba kat depan pc ni. Hadoila..jenuhla jugak.  Kat blog ni, saya akan masukkan beberapa entry tentang pendidikan jasmani seperti permainan-permainan kecil dan  beberapa isu tentang pendidikan jasmani.